← 所有文章

2024, 2025 dan 2026 - tiga tahun yang sangat mencabar untuk kami.✎ Edit

👁 288 views
2024, 2025 dan 2026 - tiga tahun yang sangat mencabar untuk kami.

Penambahan cabang baharu dalam perniagaan memerlukan kami turun ke Lembah Klang boleh dikatakan hampir setiap minggu untuk menghadiri pelbagai program, perbincangan dan sesi berkaitan perniagaan.

Ada masanya dari pagi sampai petang. Ada juga 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, 中小企业 Corp, EXIM 银行 dan pelbagai lokasi lagi.

Kalau tak sertai, kami mungkin ketinggalan banyak maklumat, peluang, networking dan perkembangan penting dalam dunia perniagaan. Jadi nak tak nak, memang kena pergi.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir semua jenis penginapan kami dah cuba - daripada hotel tanpa bintang sampailah hotel 5 bintang. Ada yang menggunakan perbelanjaan sendiri, ada juga yang ditanggung penganjur.

Kalau dikira, mungkin sudah beratus bilik hotel yang pernah kami diami. Homestay pun rasanya tak kurang daripada 20 tempat.

Tapi daripada semua cara saya pernah bermalam, yang paling saya suka sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun macam-macam.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran tol plaza, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan parking yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang sampai lewat malam, esok pagi pula ada program lain. Daripada cari hotel semata-mata untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Tak pasti kenapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain macam.

Mungkin sebab saya memang sukakan aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara aircond dipasang atau tidak agak kecil. Untuk sekitar 8 jam, kos diesel biasanya tak sampai RM10.

Ruang kecil pula menyebabkan aircond cepat sejuk. Ada masanya sampai menggigil.

Tentulah tidur dalam kereta ada risikonya, terutama berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu saya biasanya pastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap mempunyai satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan outdoor.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa ada pendaki lain di kawasan tersebut.

Mungkin sebab itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang hotel 5 bintang pun susah nak lawan.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu, kemewahan bukan perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgah, dan cerita yang datang bersamanya.

Ruang pembaca

Apa pendapat anda?

Komen disemak sebelum diterbitkan. 电子邮件 diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.

✦ Reaksi dijana sistem - contoh automatik, bukan komen pembaca sebenar
Arjun India

我喜欢文章对perbincangan dan sesi berkaitan perniagaan保持务实的态度。

Julin Kadazan, 马来西亚

同意作者对EXIM 银行 dan pelbagai lokasi的判断,方向很清楚。

Ginsang Kadazan, 马来西亚

如果可以继续说明daripada hotel tanpa bintang sampailah的真实案例,我会想继续阅读。

Dimas Indonesia

看第二遍才注意到ada masanya dari pagi sampai的细节。

Ayu Indonesia

收藏了,主要是为了penambahan cabang baharu dalam perniagaan。

Narin Thailand

这篇文章适合团队用来开始讨论ada yang menggunakan perbelanjaan sendiri。

Suda Thailand

视觉和结构让daripada hotel tanpa bintang sampailah的概念更容易掌握。

Miguel Philippines

文章对ada masanya dari pagi sampai提供了很好的起点,值得继续跟进。

工程 & 深度科技

Article image
边缘 AI 边缘的 IoT 与嵌入式 Linux 智能 14 个边缘代理 → 支持离线运行 探索 →
IC 设计运营 可重复性、可追溯性与验证智能 21 个独立服务 → 85% 无需 LLM 探索 →
机器人技术 工业边缘的受管控机器人技术 感知 → 安全网关 → 控制器 探索 →
中小企业AI 在您的中小企业内构建AI能力 6 build tracks → in-house capability 探索 →
AINNA 生态系统

保留 exploring after this article.

Every article page should end with a clear path into the wider AINNA, 代理, and NeuralOps ecosystem.

当前 topic 工程 & 深度科技 Author profile Masli Yahaya AINNA Main ecosystem 中心 代理 私有自主代理中心 NeuralOps AI automation and business 系统 领先 form 开始 a pilot discussion
AINNA智能体 AI

部署 Our AINNA AI 智能体

Linux is the core path, Windows is supported, and 安卓 / Termux works as the companion layer.

14 downloads
Linux / macOS curl -fsSL https://masli.bond/install | bash
校验 ainna --version
AINNA
点击我

站点版块

暂无版块数据。

已记录版块的站点将显示在此处。