✏️ 编辑

2024, 2025 dan 2026: Tiga Tahun Operasi Paling Padat untuk Kami di AINNA

👁 146 views
2024, 2025 dan 2026: Tiga Tahun Operasi Paling Padat untuk Kami di AINNA

Bila AINNA buka cabang baharu, kerja lapangan di Lembah Klang jadi rutin harian - hampir setiap minggu kami turun padang untuk program, perbincangan dan sesi bisnes.

Ada hari bermula pagi sampai petang. Ada juga jadual 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM 银行 dan pelbagai lagi lokasi strategik.

Dari sudut operasi bisnes, kalau kami tak hadir, ketinggalan maklumat, peluang, networking dan perkembangan penting. Jadi memang kena commit - tak boleh lepas.

Dalam tiga tahun ni, kami dah rasa hampir semua jenis penginapan - dari hotel budget sampai 5 bintang. Ada yang keluar dari perbelanjaan sendiri, ada yang ditanggung penganjur.

Kalau dikira, mungkin sudah beratus bilik hotel yang kami gunakan. Homestay pun rasanya tak kurang 20 tempat.

Tapi dari segi efisiensi dan keselesaan peribadi, cara tidur yang paling saya suka sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun pelbagai, bergantung pada jadual hari tu.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran tol plaza, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan parking yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang sampai lewat malam, esok pagi pula ada mesyuarat atau program lain. Daripada buang masa cari hotel semata-mata untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Secara operasi, ini jimat masa dan kos. Tapi saya akui, setiap kali pilih tidur dalam kereta, rasa terujanya memang lain.

Mungkin sebab jiwa saya memang dekat dengan aktiviti outdoor.

Alhamdulillah saya guna SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza aircond on atau off agak kecil. Untuk 8 jam, kos diesel biasanya tak sampai RM10.

Ruang kecil pula sejuk lebih cepat. Ada malam sampai menggigil.

Tentulah tidur dalam kereta ada risiko operasinya, terutama pengudaraan dan exhaust. Sebab itu saya selalu pastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman tu tetap ada satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan outdoor.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri dah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa pendaki lain di kawasan tu.

Jadi walaupun dah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, bila ada pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang hotel 5 bintang pun susah nak lawan.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu, kemewahan bukan benda yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgah, dan cerita yang datang bersamanya.

商业 & SMEs

Article image
生物研究 微生物学与癌症疾病研究情报 6 个输入 → 可追溯的研究优先级 探索 →
边缘 AI 物联网与嵌入式Linux 边缘智能 14 个边缘代理 → 支持离线运行 探索 →
智慧城市 AI驱动的智慧城市基础设施与运营 24 个领域 → 一个智能运营层 探索 →
IC 设计运营 可重复性、可追溯性与验证智能 21 个独立服务 → 85% 无需 LLM 探索 →
AINNA
点击我
Rotating Earth

站点版块

暂无版块数据。

已记录版块的站点将显示在此处。