中小企业不需要 AI 炒作,他们需要掌控

👁 1.5k views
中小企业不需要 AI 炒作,他们需要掌控

Dari pengalaman saya menangani operasi dan pembangunan perniagaan di AINNA, saya nampak penggunaan ejen AI dalam kalangan SME mula perlahan. Bukan sebab AI tak berkuasa, tapi kerana terlalu banyak hype yang dijual terlalu awal.

Ramai orang jual idea ejen AI macam boleh jalan 24/7, autonomi penuh, bina sistem tanpa henti tanpa campur tangan manusia. Tapi dalam operasi SME sebenar, realitinya jauh berbeza. Kosnya tinggi, risiko hallucination masih wujud, output kadang tak konsisten, dan bila ada masalah, pemilik perniagaan yang tanggung akibatnya.

Masalah sebenar bukan pada AI itu sendiri. Masalahnya terletak pada kekurangan guardrails, routing yang lemah, segmentasi tugas yang tak kukuh, dan objektif yang kabur. Ejen AI hari ini belum cukup matang untuk bergerak bebas dalam kebanyakan persekitaran perniagaan. Peranan terkuat mereka sekarang bukan sebagai pengganti operator, tapi sebagai pembina.

Ejen AI memang berkuasa bila digunakan untuk membina sistem, mengautomasi workflow, menjana kod, menyusun proses, dan mempercepatkan pelaksanaan. Tapi jual idea yang mereka boleh uruskan perniagaan sendiri? Itu mengelirukan.

Yang buat saya geram ialah tengok 'guru' AI, CEO, CTO tertentu bangga-bangga cakap ejen AI mereka boleh coding 24 jam non-stop, padahal ramai diorang sendiri tak gunakan apa yang diorang jual dalam persekitaran production sebenar.

Jujur saja. Kalau requirement lengkap, guardrails jelas, workflow tersusun betul, dan scope well-defined, ejen AI kadang boleh siapkan satu modul dalam 10 minit. Tapi yang ambil masa bukan coding. Yang ambil masa ialah menentukan guardrails, menjelaskan objektif, memecahkan tugas, debugging, testing, validating, dan memastikan sistem tak runtuh bila guna dalam dunia sebenar.

Selagi hype terus dijual, SME akan semakin frust. Sebab apa yang kedengaran indah secara teori, biasanya lain rupa bila dilaksanakan.

AI bukan pekerja ajaib. AI adalah alat yang berkuasa, tapi hanya berkesan bila manusia di belakangnya betul-betul faham apa yang sedang dibina.

Artificial 智能

Article image
生物研究 微生物学与癌症疾病研究情报 6 个输入 → 可追溯的研究优先级 探索 →
边缘 AI 物联网与嵌入式Linux 边缘智能 14 个边缘代理 → 支持离线运行 探索 →
智慧城市 AI驱动的智慧城市基础设施与运营 24 个领域 → 一个智能运营层 探索 →
机器人技术 工业边缘的受管控机器人技术 感知 → 安全网关 → 控制器 探索 →
AINNA
点击我
Rotating Earth

站点版块

暂无版块数据。

已记录版块的站点将显示在此处。