Dari pengalaman kami membina dan mengoptimumkan sistem operasi di AINNA, kita bermula dengan 34 bilion token. Selepas beralih ke arkitektur sistem detached, penggunaan token menjunam ke sekitar 1.5 bilion. Kini, dengan segmentasi proses dan refactoring modular, kita memotong angka itu lagi lebih kurang 50% daripada 1.5 bilion.
Ini bukan sihir. Ini reka bentuk sistem. Kebanyakan kos AI terbuang kerana AI dipaksa membaca semula sistem yang sama, proses yang sama, logik yang sama, dan aliran kerja yang sama berkali-kali untuk setiap perubahan kecil.
Tetapi apabila sistem detached dan setiap proses disegmentasi dengan jelas menggunakan kamus tersendiri, AI hanya membaca apa yang diperlukan sahaja. Ubah aliran pembayaran? Baca proses pembayaran sahaja. Ubah semakan pesanan? Baca proses pesanan sahaja. Tiada pengimbasan keseluruhan sistem. Tiada pembakaran token.
Ini adalah ruang di mana PKS boleh menang, terutamanya dalam sektor logistik dan rantaian bekalan. AI tidak seharusnya eksklusif untuk syarikat besar dengan pelayan besar dan bajet besar. Apabila setiap proses - dari pesanan, pembayaran, inventori sehingga penghantaran - dipecahkan kepada modul tersendiri, kita membina sistem yang tahan lasak tanpa membebankan infrastruktur. Masa depan bukan sekadar model yang lebih besar. Masa depan ialah sistem yang lebih pintar.



Ruang pembaca
Apa pendapat anda?
Komen disemak sebelum diterbitkan. 电子邮件 diperlukan untuk moderasi dan tidak dipaparkan kepada pembaca.
dan aliran kerja yang sama这个说法我要拿回去跟同事讨论。
先存起来,主要是为了34。
关于34这部分写得很扎实,整体也站得住。
如果有更多penggunaan token menjunam ke sekitar的数据和结果会更完整。