✏️ 编辑

2024, 2025 dan 2026 - Tiga Tahun yang Sangat Mencabar, Tetapi Penuh Makna Bagi AINNA dan Pelanggan Kami

👁 115 views
2024, 2025 dan 2026 - Tiga Tahun yang Sangat Mencabar, Tetapi Penuh Makna Bagi AINNA dan Pelanggan Kami

Apabila kami memutuskan untuk memperluas perniagaan, saya tahu satu perkara yang tidak boleh dijadikan pilihan - kami mesti keluar dan hadir di lapangan. Hampir setiap minggu, perjalanan kami membawa ke Lembah Klang untuk bertemu pelanggan, rakan strategik dan menghadiri pelbagai program, perbincangan serta sesi berkaitan SME.

Ada kalanya dari pagi hingga petang. Ada juga 2 atau 3 hari berturut-turut.

KL, Subang, Shah Alam, Gombak, Bangi, USJ, Hartamas, MATRADE, MITI, PPAS, Sunway Resort, SME Corp, EXIM 银行 dan pelbagai lokasi lagi.

Kalau kami tidak hadir, kami mungkin ketinggalan banyak maklumat penting, peluang kolaborasi, jaringan strategik dan perkembangan yang sedang membentuk landskap perniagaan 马来西亚. Jadi walaupun penat, ini adalah komitmen yang mesti dilaksanakan.

Sepanjang tempoh ini, rasanya hampir semua jenis penginapan kami dah cuba - daripada hotel tanpa bintang sampailah hotel 5 bintang. Ada yang menggunakan perbelanjaan sendiri, ada juga yang ditanggung penganjur.

Kalau dikira, mungkin sudah beratus bilik hotel yang pernah kami diami. Homestay pun rasanya tak kurang daripada 20 tempat.

Tapi daripada semua cara saya pernah bermalam, yang paling saya suka sebenarnya… tidur dalam kereta.

Lokasinya pun macam-macam.

Pelbagai R&R, kawasan berhampiran tol plaza, tepi kedai mamak, tepi tasik, kawasan parking yang sesuai, malah pernah juga di Lorong Haji Taib, betul-betul bersebelahan balai polis.

Kadang-kadang sampai lewat malam, esok pagi pula ada program lain. Daripada cari hotel semata-mata untuk tidur beberapa jam, saya bentangkan tilam, susun bantal dan jadikan SUV sebagai bilik bergerak.

Tak pasti kenapa, setiap kali memilih untuk tidur dalam kereta, rasa terujanya lain macam.

Mungkin sebab saya memang sukakan aktiviti outdoor.

Saya bernasib baik menggunakan SUV diesel. Dari segi penggunaan bahan api, beza antara aircond dipasang atau tidak agak kecil. Untuk sekitar 8 jam, kos diesel biasanya tak sampai RM10.

Ruang kecil pula menyebabkan aircond cepat sejuk. Ada masanya sampai menggigil.

Tentulah tidur dalam kereta ada risikonya, terutama berkaitan pengudaraan dan exhaust. Sebab itu saya biasanya pastikan ada bukaan tingkap dan aliran udara yang mencukupi.

Tetapi bagi saya, pengalaman itu tetap mempunyai satu perasaan yang sukar diterangkan.

Mungkin kerana jiwa saya memang dekat dengan outdoor.

Aktiviti perkhemahan saya sendiri sudah melebihi 100 kali, termasuk pernah berkhemah di puncak gunung tanpa ada pendaki lain di kawasan tersebut.

Mungkin sebab itu, walaupun sudah pernah tidur di pelbagai hotel dan resort, apabila diberi pilihan…

tidur dalam kereta masih ada satu kepuasan yang hotel 5 bintang pun susah nak lawan.

Kadang-kadang dalam perjalanan membina sesuatu yang bermakna, kemewahan bukan perkara yang paling kita ingat.

Yang kita ingat ialah perjalanan, cabaran, tempat-tempat pelik yang pernah kita singgah, dan cerita yang datang bersamanya.

商业 & SMEs

Article image
生物研究 微生物学与癌症疾病研究情报 6 个输入 → 可追溯的研究优先级 探索 →
智慧城市 AI驱动的智慧城市基础设施与运营 24 个领域 → 一个智能运营层 探索 →
IC 设计运营 可重复性、可追溯性与验证智能 21 个独立服务 → 85% 无需 LLM 探索 →
机器人技术 工业边缘的受管控机器人技术 感知 → 安全网关 → 控制器 探索 →
AINNA
点击我
Rotating Earth

站点版块

暂无版块数据。

已记录版块的站点将显示在此处。